Ismail Sabri Akan Persembah Cadangan Tarikh PRU15 Kepada Agong

KUALA LUMPUR: Sembilan keputusan dicapai malam tadi menerusi Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, demijian menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Antara pendirian utama UMNO dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidu adalah mendesak pembubaran Parlimen dalam tempoh sehingga akhir tahun ini.

“Pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU-15 diadakan tahun ini juga.

“Berdasarkan keputusan ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Yaakob) akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembangaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato’ Onn malam tadi.

Jelas Ahmad, keputusan itu adalah berlandaskan kepada pendirian konsisten UMNO sejak yang berhasrat untuk memulangkan mandat kepada rakyat.

Dalam pada itu, menurutnya, UMNO telah mengarahkan agar semua jentera parti untuk memuktamadkan segala persiapan yang telah dibuat sebelum ini.

“UMNO percaya hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi, maka sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk bagi memulihkan negara ususnya dalam aspek ekonomi yang berkait rapat dengan saol kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.

Ketetapan lain yang diambil adalah UMNO turut mengambut baik keputusan Kabinet yang mengarahkan siasatan lanjut kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Oleh itu mesyuarat itu turut menggesa agar Laporan Petugas Khas segera didedahkan.

“Mesyuarat juga menggesa agar Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Buku Tommy Thomas bertajuk My Story: Justice In the Wilderness untuk segera didedahkan kepada umum.

“Ini penting bagi memulihkan imej dan integriti institusi kehakiman serta kedaulatan undang-undang negara, seperti contoh yang terdapat di dalam muka surat 342 buku tersebut yang berkemungkinan melanggar Seksyen 32 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

“UMNO juga menjunjung titah Sultan Johor pada 15 Mei 2022 lalu yang mahukan laporan siasatan pasukan petugas khas dalam isu kedaulatan Batu Putih untuk segera dibentangkan dan didedahkan kepada umum kerana ia membabitkan soal maruah dan kedaulatan negara,” katanya lagi.

Dua lagi ketetapan yang dibuat dalam mesyuarat malam ini adalah parti mengambil maklum berkenaan pertemuan Ahmad Zahid dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Malah mesyuarat malam ini juga bersetuju untuk memecat Datuk Zaharin Mohd Yasin daripda parti mengikut Fasal 10.6 dan Fasal 5.9 kerana melanggar etika ahli UMNO.

BBerkaitan

Latest articles