Kuala Lumpur — Saya hanya dapat berkomunikasi dengan anak saya melalui majikan mereka, dengan syarat hanya bercakap mengenai keluarga, bukan kesengsaraan mereka
Katanya keluarganya itu masih mempunyai kontrak pekerjaan, malah dia mengetahui di mana keluarganya itu berada namun mereka terpaksa merahsiakanya kerana bimbang tidak dapat menemui semula ahli keluarganya itu.
“ jika cakap mengenai masalah yang mereka hadapi, mereka akan dikurung dan diseksa kata ahli keluarga mangsa kepada sindiket penipuan kerja di luar negara antaranya di Myammar, Laos dan Kemboja ketika ditemui Therakyatinsight hari ini.
Dalam pada itu, Setiusaha agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata telah hadir beberapa keluarga ke pejabat MHO sebelum ini menyuarakan permasalahan dan memohon bantuan mengenai ahli keluarga mereka yang telah menjadi mangsa kepada sindiket penipuan kerja di luar negara.
“ Antaranya di Myammar, Laos dan Kemboja dan pihak kami difahamkan kebanyakan mangsa-mangsa adalah rakyat Malaysia yang berbangsa Cina.
@therakyatinsight Keluarga rayu campur tangan wisma putra, mengenai sindiket penipuan kerja di luar negara #semboyanmalaysia #therakyatinsight #keluargamalaysia🇲🇾 ♬ original sound – The Rakyat Insight
“ Pihak MHO dimaklumkan bahawa mereka yang menjadi mangsa tersebut telah diperdaya oleh sindiket penipuan kerja di sana dengan pelbagai cara antaranya secara platfom online dimana ditawarkan dengan gaji yang tinggi yang mana kemudiannya apabila berada di sana mereka ini akan disuruh bekerja secara paksa, diugut serta diseksa oleh sindiket tersebut.
Tambahnya lagi pihaknya difahamkan terdapat beberapa mangsa apabila tidak tahan diseksa disana telah membuat laporan kepada pihak berkuasa di sana malangnya tiada tindakan serta pembelaan bagi laporan mereka tersebut dan mereka beranggapan bahawa sindiket penipuan tersebut mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan pihak berkuasa disana.
Tambah Hishamuddin lagi Setakat ini dimaklumkan anggaran seramai lebih kurang 170 orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kepada sindiket tersebut dan masih terperangkap disana katanya ketika penyerahan memorandum di Kementerian Luar hari ini.
Justeru pertubuhan itu menggesa kerajaan melalui wisma putra meletakkan tekanan mengenai isu ini semasa Persidangan Asia (ASEAN Conference) serta boleh mengambil tindakan diplomatik dengan negara-negara tersebut sekiranya perkara ini berpanjangan dan gagal diselesaikan katanya.
turut hadir ketika penyerahan memorandum itu, Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, Presiden Semboyan Malaysia, Yusof Azmi serta wakil keluarga-keluarga yang terlibat