PETALING JAYA: Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik membabitkan lebih sembilan juta pengguna domestik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu, kerajaan memutuskan untuk meneruskan subsidi sebanyak lebih RM700 juta agar pengguna-pengguna domestik tidak terkesan.
“Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik lebih sembilan juta pengguna domestik.
“Sehubungan itu, kerajaan memutuskan untuk meneruskan subsidi sebanyak lebih RM700 juta agar pengguna-pengguna domestik tidak terkesan,” katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.
Semalam, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan akan melaksanakan kadar tarif elektrik baharu bagi tempoh 2022 sehingga 2024, berkuat kuasa 1 Februari ini.
https://www.facebook.com/100043939969797/posts/498844114923583/?d=n
Jelas beliau, pengumuman mengenai Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi Tempoh Kawal Selia Ketiga (RP3) itu akan dibuat beberapa hari lagi.
Bagaimanapun, katanya, rakyat tidak perlu bimbang kerana kadar tarif baharu itu dijamin tidak membebankan rakyat terutama pemegang akaun domestik