KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 yang diadakan hari ini memperincikan persiapan menghadapi gelombang kedua Monsun Timur Laut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata mesyurat berkenaan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Mesyuarat ini membincangkan pengurusan pasca banjir dan persediaan menghadapi gelombang kedua dan persediaan menghadapi gelombang kedua.
“Berikutan fenomena air pasang besar, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit,” katanya dalam satu ciapan di Twitternya hari ini.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah Agensi Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Dalam masa yang sama, Abdul Latiff turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan memantau keadaan cuaca sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak.
“Mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan,” katanya.