Kerajaan Yakin Lebih Ramai MP Pembangkang Sokong PN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan percaya akan ada beberapa lagi wakil rakyat yang bakal menyertai dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Memetik ciapannya di laman Twitter, Takiyuddin menulis:  “Akhir Februari 2020 PH tumbang, ulangtahun pertama ramai lagi akan sertai PN… welcome to PN YB. Tebrau and YB. Julau.

“Together we serve the people and the nation in this difficult and unprecedented time” katanya yang juga Setiausaha Agungg PAS.

Pada semalam dua Ahli Parlimen PKR iaitu Steven Choong mewakili Tebrau, Johor dan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng menyatakan sokongan kepada kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Akuan bersumpah itu ditandatangani dan diserahkan kepada Muhyiddin selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya.

BBerkaitan

Latest articles