Disimbah Dengan Air Panas Mendidih Hanya Kerana Kejut Untuk Bersarapan

 

Seorang wanita terpaksa menanggung derita akibat melecur di bahagian belakang badan hingga ke pinggu gara-gara disimbah dengan air panas yang mendidih oleh suaminya.

Dalam kejadian 9 Januari lalu di sebuah kediaman di Konya, Turki, mangsa, Rukiye Ay, 23 bertindak mengejutkan suaminya dari tidur untuk bersarapan.

Namun lelaki itu, Ali Ay, 28, tiba-tiba naik berang setelah dikejutkan.

Ketika ditemu bual media tempatan di hospital, Rukiye mengatakan ketika kejadian, dia membawa sarapan untuk suaminya di bilik tidur.

Namun, ketika dia mengejutkan suami, suaminya marah dan mula menjerit terhadapnya.

“Saya menyiapkan semuanya dan kemudian memberitahu suami supaya dia bersarapan di tempat tidur.

“Dia marah dan mahu mengetahui mengapa saya mengejutkannya dan memberitahu saya untuk tidak mengganggunya. Jadi, saya mula bersarapan dengan anak perempuan saya.

“Dalam keadaan masih marah, suami mengatakan mahu menceraikan saya dan mendapatkan hak penjagaan anak perempuan kami tidak kira apa yang saya lakukan,” katanya.

Lebih lanjut Rukiye menceritakan dimana suaminya menuang air mendidih di leher dan ke wajahnya, tetapi dia sempat mengelak dan ia terkena muka.

“Saya melarikan diri dan boleh merasai kemeja saya melekat pada kulit.

“Dia kemudian menyimbah lagi air mendidih ke arah saya dan sebahagiannya terkena kaki anak perempuan dan suami memukul saya di pinggul.

“Saya ingin melarikan diri, tetapi saya pengsan akibat kesakitan. Ketika saya tersedar, saya dapat mendengar anak perempuan saya menjerit dan kemudian saya merasakan dia menarik rambut dan mengheret saya ke bilik mandi,” katanya.

Menurutnya, dia dapat mendengar anaknya menangis sekali gus memberi kekuatan untuknya bangkit melawan kezaliman lelaki itu.

Ketika suaminya membuat panggilan telefon kepada ayahnya, dia mengambil kesempatan untuk lari ke rumah jiran yang kemudian memberinya perlindungan dan memanggil polis hingga menyebabkan suaminya ditangkap.

Wanita itu kini dirawat di sebuah hospital.

Ali direman selepas pihak berkuasa menerima tekanan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati apabila lelaki itu pada awalnya dibebaskan daripada tahanan dengan jaminan.

Pasangan itu sudah berkahwin selama lima tahun.

BBerkaitan

Latest articles