Tertekan Masalah Kesihatan, Pembantu Perubatan Terjun Bangunan Hospital

Seorang pembantu perubatan berusia 32 tahun meninggal dunia selepas terjun dari tingkat tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, semalam.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Chemor itu tertekan dan menderita akibat masalah kesihatan yang dihadapinya.

Satu nota berhubung tindakannya juga ditinggalkan dengan memaklumkan dirinya tidak lagi dapat menangani masalah kesihatannya dan tidak dapat berfikir dengan jelas selain meminta maaf kepada keluarga dan rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pengawal keselamatan terjumpa mayat lelaki itu, berpakaian seragam hospital biru, di parkir motosikal hospital jam 6.45 petang.

Mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

“Salah seorang rakan mangsa mengesahkan lelaki itu adalah rakannya dan menjumpai nota itu di dalam beg si mati,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles