Anwar Jumpa Muhyiddin Untuk Bincang Pembentukan Kerajaan PH

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimaklumkan bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usahanya membentuk semula kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun menurut Ketua Whip PKT, Datuk Johari Abdul, perincian pertemuan itu tidak dibincangkan secara lanjut oleh Anwar di dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan ahli-ahli parlimen PKR yang dibuat secara dalam talian, semalam.

PKR Tolak Cadangan Namakan Mahathir Sebagai Perdana Menteri Baharu

Johari juga memberitahu pimpinan pusat dan ahli parlimen ‘merestui’ tindakan Anwar untuk berbincang dengan sesiapa sahaja, termasuk Muhyiddin dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita putuskan untuk bagi ruang, bincanglah dengan sesiapapun untuk dia (Anwar) bawa balik kerajaan PH termasuk Mahathir.

“Dia jumpa Muhyiddin dan Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainuddin). Dia jumpa banyak orang, kecuali (bekas perdana menteri) Najib Razak saja dia tak jumpa.

“Kami masih bawa agenda reformasi, perjumpaan tidak semestinya setuju dengan dia orang. Juga tidak bermaksud mereka setuju dengan kita.

“Tapi kita mesti jual agenda reformasi,” kata pengerusi PKR Kedah itu, sebagaimana memetik laporan Malaysiakini.

Terdahulu, PKR pada semalam sebulat suara menolak pencalonan Dr Mahathir sebagai perdana menteri sekiranya PH berjaya menawan kembali Putrajaya.

PKR kekal dengan pendirian mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri.

DAP dan Amanah bagaimanapun dilihat tidak menyokong pencalonan Anwar, dengan berkata Ahli Parlimen port Dickson itu gagal mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

BBerkaitan

Latest articles