PKR Tolak Cadangan Namakan Mahathir Sebagai Perdana Menteri Baharu

PKR menolak sebarang cadangan untuk mencalonkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri baharu sekiranya Pakatan Harapan berjaya mengambil alih kerajaan.

PKR dalam kenyataannya menegaskan, parti itu sebaliknya mahu presidennya Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan terbut.

“Kami secara konsisten menyokong pencalonan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri,” kata PKR dalam kenyataan selepas mesyuarat atas talian bersama ahli Parlimen partinya.

Kenyataan Majlis Pimpinan Pusat PKR itu menyebut, parti itu juga akan terus berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir berhubung usaha menyelamatkan negara.

Ia turut menyatakan komitmen untuk mengukuhkan Pakatan Harapan dan menggembleng tenaga semua pihak yang sefahaman untuk mengembalikan mandat rakyat.

“Pada masa sama PKR akan terus menumpukan tenaga dan bersiap siaga menghadapi pilihan raya umum mengejut yang mungkin dipanggil pada bila-bila masa,” kata parti berkenaan.

Kenyataan itu timbul dalam suasana genting selepas rakan kongsinya dalam Pakatan Harapan – DAP dan Amanah menunjukkan sokongan kepada Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri baharu.

Pencalonan itu berhubung peluang PH untuk mengambil alih kerajaan sekiranya mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat atau sekiranya pilihan raya mengejut diadakan.

Gambaran sokongan kepada Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri baharu itu berdasarkan kenyataan setiausaha penganjur DAP Anthony Loke pada Rabu.

Dalam satu wawancara, Loke menyatakan DAP, Amanah dan Warisan sedia menamakan Anwar sebagai perdana meneri sekali lagi.

Loke juga berkata, satu kaedah diputuskan untuk membolehkan Dr Mahathir melepaskan kuasa dalam tempoh enam bulan.

BBerkaitan

Latest articles