Zetrix AI Berdepan Risiko Kemungkiran Bayaran Sukuk RM2 Bilion, 22 Okt Tarikh Penentu

KUALA LUMPUR: Zetrix AI Bhd berdepan risiko kemungkiran pembayaran sekiranya gagal menyelesaikan pelanggaran syarat perjanjian Sukuk Wakalah menjelang 22 Oktober ini, sekali gus membuka kemungkinan semua baki hutang tertunggak perlu dijelaskan serta-merta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, syarikat itu mendedahkan jumlah prinsipal Sukuk Wakalah yang masih belum dijelaskan dan akan matang pada tarikh akan datang mencecah RM2 bilion, manakala kupon tertunggak berjumlah RM164.5 juta.

Zetrix AI berkata, sekiranya isu berkenaan gagal diselesaikan dalam tempoh ditetapkan, pihaknya akan mendapatkan persetujuan serta arahan daripada pemegang sukuk menerusi Resolusi Luar Biasa Pemegang Sukuk.

Langkah itu termasuk memohon pengecualian daripada pematuhan syarat perjanjian atau kovenan yang didakwa dilanggar.

Bagaimanapun, kegagalan mendapatkan kelulusan pemegang sukuk terhadap permohonan pengecualian tersebut boleh mencetuskan peristiwa pembubaran di bawah terma pembiayaan berkenaan.

Sekiranya keadaan itu berlaku dan berterusan, pemegang amanah sukuk mempunyai hak untuk mengisytiharkan berlakunya peristiwa pembubaran serta mempercepatkan pembayaran semua jumlah terakru dan belum dibayar di bawah Sukuk Wakalah sehingga tarikh pengisytiharan.

Malah, pemegang amanah juga boleh mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan dokumen transaksi, yang membolehkan keseluruhan jumlah tertunggak di bawah sukuk berkenaan dituntut serta-merta.

BBerkaitan

Latest articles