Bayi Tiga Bulan Meninggal Ketika Tidur Di Rumah Pengasuh

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemui meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah pengasuhnya di Taman Universiti, Johor Bahru.

Kejadian tersebut disedari pada jam 3 petang, apabila mangsa tidak sedarkan diri selepas tiga jam diberikan susu dan ditidurkan oleh pengasuh.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bayi lelaki berkenaan dihantar secara harian oleh ibunya ke rumah pengasuh pada hari bekerja.

“Pada hari kejadian, mangsa diberikan susu sebelum ditidurkan pengasuhnya kira-kira jam 12 tengah hari.

“Pada jam 3 petang, pengasuh berkenaan mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum menghubungi ibu bayi itu.

“Mangsa kemudian dibawa ke klinik kesihatan berhampiran oleh pengasuh serta ibu bapa bayi berkenaan untuk mendapatkan rawatan segera.

“Namun bayi berkenaan disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya ketika dihubungi.

Fariz Ammar berkata, siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah, termasuk penderaan ditemui pada mangsa setakat ini.

“Bedah siasat sudah dijalankan hari ini dan polis masih menunggu analisis makmal mengenai punca sebenar kematian bayi berkenaan.

“Hasil bedah siasat awal mendapati tiada kesan susu tersekat di kerongkong atau saluran pernafasan bayi berkenaan, namun kita perlu tunggu hasil analisis lengkap,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles