Menteri Kanan Warisan Sabah Bakal Ditahan SPRM ?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan bakal menahan beberapa pemimpin politik serta anggota pentadbiran kerajaan sebuah kerajaan negeri dalam jangka masa terdekat ini.

Menurut sumber, penahanan itu berkaitan kes pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai RM155 juta di negeri berkenaan.

Sebuah portal tempatan juga turut melaporkan kes tersebut malam tadi dan menurut portal berkenaan seorang peguam dikehendaki SPRM dan Polis sejak 2018 yang lari ke luar negara telah ditangkap semalam.

menurut portal itu lagi ianya adalah berkaitan kes penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan untuk pembangunan luar bandar di negeri berkenaan  antara 2009 hingga 2015 dan kes RISDA di negeri berkenaan.

 

 

BBerkaitan

Latest articles