Menteri Ada Hak, Tak Perlu Tarik Balik Saman – Kumpulan Peguam

Desakan 39 badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menarik balik saman diselar oleh sekumpulan peguam.

Tegas mereka, Adham berhak membersihkan namanya daripada dakwaan Pusat Membasmi Rasuah dan Kronisme (C4) yang mengaitkan penglibatannya dengan sebuah syarikat yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan kontrak Kementerian Kesihatan yang bernilai RM30 juta.

C4 Dituntut Bayar RM30 Juta, Mohon Maaf Dalam Tempoh Seminggu

Kelmarin, Adham menuntut ganti rugi jumlah yang sama iaitu RM30 juta dan permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh satu minggu.

“Desakan supaya menteri menarik balik samannya tidak boleh diterima sama sekali.”

“Ia adalah permintaan yang tidak masuk akal,” demikian menurut kenyataan bersama kumpulan peguam itu.

Semalam sekumpulan NGO tersebut mendesak menteri menarik balik saman tersebut secara ‘serta-merta dan tanpa syarat’.

Mereka juga mendakwa Adham mengganggu C4.

Seorang peguam, Rajesh Nagarajan meminta NGO berkenaan menghormati undang-undang meskipun C4 mempunyai hak untuk mendedahkan perkara yang dirasakan betul.

Begitu juga bagi pihak Adham perlu diberikan ruang untuk membuktikan dakwaan itu di mahkamah.

Untuk rekod, C4 mendakwa Adham mempunyai hubungan antara syarikat penerima kontrak dan pemegang saham yang merupakan pengarah sebuah syarikat lain yang dianggotai oleh dua pengarah syarikat Khazanah Jaya.

Menafikan dakwaan itu, Adham berkata tujuan C4 cuba merosakkan reputasinya.

BBerkaitan

Latest articles