Covid-19 : Yayasan Usahawan Negara Jelajah Utara Tanah Air Beri Bantuan Pada Asnaf

Ketika hampir seluruh warga Malaysia melalui cabaran getir berdepan kesan akibat penularan wabak Covid-19, banyak pihak tampil menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk untuk meringankan beban orang ramai.

Badan bukan kerajaan (NGO) merupakan kumpulan organisasi yang giat bergerak ke sana ke sini hampir setiap hari mengagihkan bantuan barang keperluan dan juga kewangan kepada orang ramai di hampir seluruh negara.

Yayasan Usahawan Negara (YUN) tidak terkecuali mengagihkan bantuan-bantuan ini kepada golongan asnaf dalam satu program iaitu Misi Jejak Asnaf Covid-19 yang berlangsung selama empat hari.

Mereka diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin bergerak di utara tanah air memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk menghadapi hari mendatang khususnya ketika tempoh Covid-19 ini.

Semalam, jelajah mereka selama empat hari berakhir di FELCRA Changkat Jong di Perak.

Datuk Seri Megat D Shahriman bersama dengan seorang penerima sumbangan di FELCRA Changkat Jong di Perak.

“Selepas empat hari, berakhirlah tugas saya dan pasukan Yayasan Usahawan Negara dalam menyalurkan sumbangan kepada golongan asnaf di utara tanah air,” katanya di laman Facebooknya.

Menurut beliau, kehadiran YUN di destinasi ke-3 di Perak pada hari ketiga di Kampung Kalat, Teluk Intan memberi makna kepada beliau kerana melihat rasa kesyukuran di wajah orang kampung biarpun pemberian yang disumbangkan tidak seberapa.

BACA JUGA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sentiasa Cakna Isu Rakyat Di Luar Bandar

“Saya masih terkesan dengan seorang makcik ini yang mengesat mata beberapa kali saat saya menyerahkan sumbangan.

“Malah, dia turut terpinga-pinga dan mengatakan “mengapa banyak sangat ni anak bagi barang,” itulah makna erti syukur bagi golongan yang memerlukan,” katanya.

Datuk Seri Megat D Shahriman turut mewakili Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan memberikan bantuan sumbangan kepada bekas atlet negara A Arokiasamy yang menetap di Teluk Intan.

Datuk Seri Megat D Shahriman bersama bekas atlet bina badan negara, A Arokiasamy.

Antara lokasi lain yang dikunjungi oleh ialah Kampung Wong Saik Hong, Teluk Intan, dan ke negeri Kedah dan Pulau Pinang.

YUN juga mengunjungi adik Khairyl Arman iaitu seorang ahli Yayasan Hydrocephalus Negara dan menyerahkan sumbangan kepadanya.

“Adik Khairyl tampak sihat dan saya telah berbincang dengan ibu bapanya untuk menghantar dia menjalani imbasan CT di hospital swasta untuk mempercepatkan proses rawatan ke atasnya,” katanya.

Sumbangan disampaikan oleh Yayasan Usahawan Negara (YUN) kepada adik Khairyl Arman.

Mereka turut singgah ke rumah seorang lagi pesakit Hydrocephalus iaitu adik Wan Adam yang berusia lapan bulan.

Turut membantu jelajah YUN ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Dalam Negeri yang memberikan kebenaran untuk rentas negeri kepada mereka. – TRI

BBerkaitan

Latest articles