Cuba Bunuh Anjing Peliharaan, Ikat Pada Pokok Mangga

Seekor anjing nyaris dibunuh oleh tuannya sendiri apabila ia digantung pada sebatang pokok mangga.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Batu 17, Jalan Banting-Klang berdekatan Sungai Sedu.

Suspek merupakan seorang lelaki berusia 35 tahun.

Aksi lelaki berkenaan dilihat oleh beberapa orang awam yang bertindak menegur perbuatannya dan meminta anjing berkenaan dilepaskan.

Satu klip video juga dirakam yang kedengaran lelaki tersebut enggan melepaskan anjing yang dijerut di bahagian lehernya.

“Awak siapa?, soal lelaki itu dalam video tersebut.

“Awak orang kerajaan ke? Saya yang besarkan anjing ini, dan saya boleh berbuat apa sahaja yang saya mahu.

“Saya akan bunuhnya kalau saya mahu.

“Kalau awak orang kerajaan pun, saya tak peduli. Saya tak takut,” katanya kepada seorang lelaki lain yang menegur perbuatannya.

Lelaki pertama tadi melepaskan tali yang menjerut leher haiwan itu apabila suspek berkeras untuk berbuat demikian.

Ia jatuh ke tanah, tercungap-cungap, tetapi kelihatan tidak cedera.

Difahamkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar merampas anjing terbabit dan tali pengikatnya pada pagi semalam dan tindakan akan diambil terhadap suspek.

BBerkaitan

Latest articles