[Video] Warga emas ditemui kebuluran tepi jalan, bantuan anggota polis dipuji

  • Warga emas itu dipapah pulang oleh beberapa anggota polis ke rumahnya di Jalan Kuala Kechau di Kuala Lipis dan diberi bekalan makanan
  • Menurut hantaran terbaru oleh pengusaha bengkel tersebut, warga emas itu dikatakan sudah meninggal dunia semalam

Seorang warga emas ditemui terbaring lemah di tepi jalan dalam keadaan kebuluran di Kuala Lipis, Pahang sebelum diselamatkan anggota polis.

Dalam video dan maklumat yang tular di media sosial sejak semalam, warga emas itu dikatakan sudah beberapa hari tidak menjamah makanan hingga terpaksa keluar seorang diri mencari sesuap nasi.

Warga emas berkenaan pada awalnya ditemui seorang pengusaha bengkel yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal.

Lelaki itu kemudiannya pergi ke kedai untuk membeli makanan sebelum menemui anggota polis peronda dan memaklum tentang warga emas berkenaan.

Warga emas itu dipapah pulang oleh beberapa anggota polis ke rumahnya di Jalan Kuala Kechau di Kuala Lipis dan diberi bekalan makanan.

Video yang tular juga menunjukkan warga emas berkenaan tinggal dalam rumah usang seorang diri.

Menurut hantaran terbaru oleh pengusaha bengkel tersebut, warga emas itu dikatakan sudah meninggal dunia semalam.

Rata-rata warga maya memuji usaha anggota polis, pada masa sama simpati dengan nasib warga emas itu yang diabaikan masyarakat sekeliling.

Warga emas ditemui kebuluran tepi jalan, bantuan anggota polis dipuji

Warga emas ditemui kebuluran tepi jalan, bantuan anggota polis dipuji

Gepostet von Kamaluddin Idrus am Mittwoch, 15. April 2020

BBerkaitan

Latest articles