41 Akaun Aman Palestin, Entiti Syarikat Berjumlah Hampir RM16 Juta Dibekukan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan 41 akaun bank Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00, berkuatkuasa semalam.

SPRM, menerusi kenyataannya juga memaklumkan pihaknya telah menggeledah premis Aman Palestin, baru-baru ini.

Mereka merampas dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

“Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya.

Terdahulu Aman Palestin pada kelmarin memaklumkan ia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sivil iaitu fitnah jenayah kepada pemfitnahnya selepas siasatan SPRM selesai.

Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Aman Palestin telah mengenal pasti pihak yang melemparkan tohmahan berkenaan hingga memberi impak negatif kepada penubuhan tersebut.

Menurut Muhammad Rafique, Aman Palestin telah memberi kerjasama baik pada pihak penyiasat SPRM dengan memberikan semua butiran yang diperlukan dan tindakan keterbukaan pertubuhan itu menunjukkan tiada yang perlu disorok.

Sementara itu, menurut SPRM, suruhanjaya tersebut telah menjalan siasatan terhadap dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober 2023.

Katanya, suruhanjaya itu telah merakam beberapa keterangan saksi-saksi penting dan hasil siasatan awal telah mengenalpasti beberapa isu melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles