Pertembungan tiga penjuru berlaku di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Udangan Negeri (DUN) Chini selepas mereka menyerahkan borang pencalonan mereka pagi ini.
Pegawai Pengurus Pilihan raya, Datuk Zaliza Zulkipli mengumumkan senarai calon yang bertanding jam 10.30 pagi, selepas proses penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini ditutup pada jam 10 pagi.
“Kita menyemak kertas-kertas penamaan tersebut dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati dan memutuskan tiada calon yang ditolak pencalonan katanya lagi.
Mohd Shukri Mohd Ramli sebagai calon bebas bagi PRK DUN Chini tiba pada pukul 8.36 pagi dengan diiringi Noor Azhar Mohd Sharupi sebagai pencadang dan Sahilawati Hassan sebagai penyokong beliau. Mohd Shukri menyerahkan borang pencalonannya pada jam 9.05 pagi.
Seorang lagi calon bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin memasuki pusat penamaan jam 8.42 pagi. Beliau menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi.
Menariknya bagi calon Barisan Nasional, bekas calon PAS Ustaz Mohd Fadhil Noor yang dulunya dalam PRU14 menentang BN Arwah Datuk Seri Abu Bakar hari ini menjadi Penyokong Calon BN Mohd Sharim Md Zain
PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas.
Pada PRU14, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065)