Vaksin Astra Zeneca Penyebab darah beku ? Ini Penjelasan Bekas KP Kesihatan

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor hisham Abdullah tampil meredakan kebimbangan orang ramai khususnya penerima vaksin Astra Zaneca susulan kes mahkamah yang berlaku di United Kindom baru-baru ini.

Ujanya Orang ramai diminta tidak risau kerana vaksinasi terakhir AZ telah berlalu bertahun lamanya. Kes mahkamah yang diwar-warkan adalah kes yang berlaku di United Kingdom sewaktu pandemik COVID-19. Ia bukan berdasarkan kes yang berlaku baru-baru ini.

Jelas Dr Hisham,  Kesan sampingan yang dikatakan berkait dengan vaksin Astra Zeneca adalah kesan darah beku atau Vaccine Induced Immune Thrombotic Thrombocytopenia (VITT ).

“ Ia adalah penyakit di mana darah membeku bersama dengan sel darah kuning menjadi kurang. Perkara ini HANYA berlaku dalam sela masa 4 hari hingga 4 minggu selepas menerima vaksinasi katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya malam ini.

Menurutnya lagi  Kementerian Kesihatan Malaysia pada waktu itu telah menerima laporan bahawa VITT ini boleh berlaku dalam sela masa 4 hari hingga 4 minggu selepas vaksinasi.

” Namun yang demikian, vaksin ini masih perlu digunakan untuk program vaksinasi kerana kadar kematian akibat COVID-19 dalam kalangan masyarakat yang tidak divaksin amat tinggi, dan ketika itu stok vaksin tidak mencukupi waktu itu”

Sebelum ini  media melaporkan firma farmaseutikal AZ mengakui dalam dokumen mahkamah, vaksin COVID-19 dikeluarkannya boleh menyebabkan kesan sampingan jarang berlaku. Setakat ini, 51 kes difailkan menuntut ganti rugi dianggarkan sehingga £100 juta (RM512 juta) di United Kingdom (UK).

firma gergasi itu berdepan saman atas dakwaan vaksin yang dibangunkan mereka berupaya menyebabkan kematian dan kecederaan serius, turut dikatakan dalam dakwaan itu bahawa puluhan kes sudah dilaporkan.

Beberapa peguam juga membentangkan hujah yang menegaskan vaksin tersebut boleh menghasilkan kesan sampingan buruk kepada sebilangan kecil individu.

Sementara itu, menurut penjelasan Hisham lagi  Golongan berisiko tinggi iaitu  golongan yang pernah mempunyai sejarah pembekuan darah sebelum ini tidak dibenarkan menerima vaksin jenis Astra Zeneca.

Menurutnya Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengeluarkan garis panduan bagi menyaring golongan yang berisiko tinggi bagi tidak menerima vaksin jenis ini, dan juga bagi pengesanan awal sekiranya kesan sampingan ini berlaku AEFI.

Selain langkah berjaga-jaga ini, insiden kesan samping darah beku (VITT) juga sangat rendah iaitu 4 kes berlaku dalam 1 setiap juta suntikan.

” Jika dibandingkan dengan risiko darah beku dan platelet rendah selepas jangkitan COVID-19 itu sendiri, ia lebih selamat. Selepas jangkitan COVID-19, risiko kesan darah beku daripada jangkitan thrombotic thrombocytopenia (TT) ini adalah setinggi 165 000 kes dalam 1 juta jangkitan.

” Insiden darah beku di kalangan perokok pula adalah lebih tinggi iaitu hampir 1800 kes dalam 1 juta perokok. Tiada lagi kes VITT dikesan dan dilaporkan kini.

Sementara itu, mejawab mengenai kebimbangan orang ramai mengenai masalah pembekuan darah, stroke dan serangan jantung jelas Hisham ianya berlaku disebabkan faktor risiko lain seperti merokok, masalah kolesterol, dan masalah kencing manis.

” Kes serangan jantung, stroke dan masalah pembekuan darah yang masih lagi berlaku kini TIADA KAITAN dengan vaksin kerana tiada lagi program vaksinasi menggunakan vaksin ini kebelakangan ini. Astra Zeneca vaksin juga tidak digunakan Untuk dos penggalak (Booster dose).

 

” Orang ramai diminta membezakan antara kesan samping darah beku (VITT) dengan masalah pembekuan darah yang lain. Kriteria diagnosa VITT mestilah ianya berlaku dalam sela masa 4 minggu selepas vaksinasi dan perlu ada nilai platelet yang rendah.

Diagnosa tidak boleh dibuat dengan mata kasar tanpa pemeriksaan dan pengesahan oleh pegawai perubatan. Kita perlu berhati-hati dengan analisa fakta dan salah tafsir yang akan menyebabkan kekusutan dan kekeliruan di kalangan Masyarakat katanya dalam hantarannya itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BBerkaitan

Latest articles