KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yakin parti itu mampu bertahan dalam arena politik negara, meskipun beberapa kali dibadai.
Dalam masa yang sama, adalah penting untuk UMNO terus disokong oleh rakyat keseluruhannya dan tidak hanya bergantung sokongan dam popular dalam kalangan ahlinya sahaja.
Menurut beliau, rakyat yang menentukan masa depan UMNO justeru parti itu mesti bersama rakyat.
“Berjuang dan membela kepentingan rakyat. Maknanya, UMNO mesti utamakan rakyat bila berjuang.
“Percayalah. Jika UMNO bersama rakyat, pasti rakyat akan bersama UMNO,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.