Tun Mahathir Terkilan, Tunjuk Kad Pengenalan Bukti Nama Sebenar

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini menyatakan rasa terkilan terhadap kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menggambarkan dirinya sebagai seorang “penipu” yang menukar identiti asal.

Tun Dr Mahathir yang ditemui di perkarangan mahkamah turut menafikan tuduhan tersebut sambil menjelaskan bahawa dokumen yang ditunjukkan oleh Zahid bukanlah kad pengenalan (IC) seperti yang didakwa, tetapi paparan imej di telefon bimbit.

“Saya terkilan dengan tuduhan yang mengatakan saya menukar nama.

Zahid mendakwa menunjukkan IC saya, tetapi sebenarnya yang diangkat hanyalah telefon bimbit.

Telefon bimbit ini boleh dimasukkan pelbagai gambar, tetapi itu bukan IC saya,” kata Dr Mahathir.

Beliau turut menegaskan bahawa IC rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan semua IC miliknya serta keluarganya mematuhi format rasmi.

“Yang ditunjukkan oleh Zahid tidak pernah diterima sebagai dokumen rasmi mana-mana pihak,” tambahnya.

Tun Dr Mahathir turut menyelar dakwaan bahawa namanya dalam IC adalah “Mahathir anak lelaki Iskandar Kuti.” Menurut beliau, nama sebenarnya, seperti yang tertera pada IC, ialah “Mahathir bin Muhammad.”
“Nama itu tidak pernah wujud dalam mana-mana dokumen rasmi saya. Tuduhan ini jelas satu pembohongan yang tidak berasas,” tegasnya lagi.

Beliau turut menunjukkan salinan IC miliknya sebagai bukti untuk menyangkal dakwaan tersebut, sambil menyatakan bahawa tindakan Zahid menunjukkan imej dari telefon bimbit adalah tidak wajar dan boleh mengelirukan masyarakat.

 

BBerkaitan

Latest articles