Isu Tangguh PRN Belum Dibincangkan, Kata Anwar

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan isu bekalan tenaga dan ketidaktentuan geopolitik masih belum diputuskan, malah belum dibawa ke perbincangan rasmi setakat ini.

Menurut beliau, sebarang keputusan berkaitan perkara tersebut memerlukan penelitian menyeluruh sebelum diputuskan oleh pihak berkaitan.

“Belum dibincangkan. Semua itu akan dibincangkan kemudian,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Permas Jaya, hari ini.

Dalam masa sama, Presiden PKR itu turut memaklumkan bahawa pendirian sama ada Pakatan Harapan (PH) akan bertanding secara solo dalam PRN akan datang juga masih terbuka dan belum dimuktamadkan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan bercadang membawa usul ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagi menangguhkan PRN Johor dan Melaka, susulan perkembangan krisis geopolitik di Asia Barat yang memberi kesan kepada bekalan tenaga.

Cadangan itu turut disusuli pandangan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang mengesyorkan agar kerajaan Melaka mempertimbangkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat sebagai langkah menangguhkan PRN negeri berkenaan.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh mengingatkan bahawa sebarang cadangan penangguhan perlu dinilai secara realistik, khususnya jika dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa.

Beliau menegaskan, keputusan itu tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa kerana perlu mengambil kira had masa perundangan serta implikasi besar terhadap proses demokrasi negara.

BBerkaitan

Latest articles