Tindakan Bijak & Berani Ismail Sabri Jamin Malaysia Sedia Depani Krisis Sekuriti Makanan Global

Ramai orang pandai mengulas malah lebih ramai yang pandai-pandai mengulas. Apapun jua yang terkandung di dalam ulasan mereka itu, ulasan akan tetap kekal sebagai ulasan lebih-lebih lagi ulasan yang tidak berbentuk ilmiah dan tanpa sebarang nilai perkongsian maklumat.

Sekuriti Makanan merupakan suatu konsep yang agak baharu di minda rakyat terutamanya dalam kalangan mereka yang sudah layak mengundi. Kebanyakan kita sebelum ini tidak pernah tahu apa pun yang berkaitan dengan konsep ini.

Kita cuma tahu tentang harga, sama ada ia naik ataupun turun. Tak pernah terlintas pun di fikiran kita tentang kemungkinan bahawa akan sampai ketikanya nanti semasa kita ingin membeli makanan itu, didapati bekalannya telah habis. Bukan sahaja habis, malah sudah tiada. Bekalan baru tidak akan pernah kunjung tiba. Cuba bayangkan.

Sekuriti Makanan adalah sebuah konsep yang melibatkan situasi yang mana makanan yang dibekalkan dalam pasaran domestik itu adalah mencukupi untuk keperluan rakyat, mudah diperolehi, dan mempunyai sumber bekalan yang berterusan dan stabil.

YAB DS Ismail Sabri Yaakob merupakan Perdana Menteri yang memberikan penumpuan khusus dalam perkara ini. Hasil usaha dan kerja keras beliau, krisis bekalan makanan yang dialami dunia dapat kita tangani dengan baik.

Economist Intelligence Unit (EIU) menempatkan Malaysia pada kedudukan ke-39 dalam Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) bagi tahun 2021.

Pelbagai indikator digunakan dalam mengukur sekuriti makanan ini. Antaranya ialah kemampuan (affordability), ketersediaan (availability), kualiti (quality), serta keselamatan dan sumber alam (safety dan natural resources). Kesemua indikator ini berada dalam keadaan yang baik dan stabil.

Walaupun negara berdepan dengan inflasi dan ketidak tentuan ekonomi, harga makanan masih stabil disebabkan usaha kerajaan pimpinan DS Ismail Sabri Yaakob yang memperuntukkan subsidi terbesar dalam sejarah.

Pelbagai strategi telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup serta sekaligus memastikan sekuriti makanan menjadi agenda utama untuk menjaga kebajikan rakyat dan seterusnya membolehkan Malaysia mempunyai daya tahan untuk berhadapan pelbagai bentuk cabaran bersifat global.

Strategi yang diambil melibatkan skop yang cukup luas kerana banyak faktor yang terlibat. Sebagai contoh, kenaikan harga bahan api akan membawa kesan langsung terhadap Indeks Harga Pengguna (IHP) yang sekaligus akan memberi kesan terhadap harga barang & perkhidmatan terutamanya makanan.

Justeru, dalam keadaan seperti ini, kita harus mengambil langkah terbaik supaya tindakan kita itu tidak membawa kerosakan. Mujurlah atas kebijakan serta keberanian PM, hal tersebut akhirnya dapat kita tangani dengan cemerlang.

Terdapat 2 bentuk pendekatan yang diambil oleh beliau dalam menawan krisis bekalan makanan ini iaitu Dasar Jangka Pendek & Jangka Panjang Terhadap Harga Dalam Rantaian Bekalan Makanan.

Setakat ini, segalanya masih terus berjalan dengan lancar dan kita akan sentiasa siap siaga berhadapan dengan krisis global yang dijangka berlaku di masa hadapan.

Saya katakan bijak kerana strategi jangka pendek diilhamkan beliau itu berjaya menangani krisis semasa dalam tempoh yang singkat, manakala berani kerana strategi jangka panjang beliau itu pula cukup meyakinkan meliputi skop yang menyeluruh walaupun beliau tahu bahawasanya belum tentu beliau masih akan mendapat kepercayaan rakyat untuk terus berkhidmat di masa akan datang. Namun sejujurnya pada beliau itu semua bukan soal yang utama, yang pentingnya di sini adalah kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Semua ini hanya tercapai berkat doa, usaha, dan ketekunan semua terutama sekali YAB DS Ismail Sabri Yaakob selaku peneraju kemudi & pemudahcara. Tahniah dan syabas kerajaan #KeluargaMalaysia! Teruskan berkhidmat Tok Mail!

BBerkaitan

Latest articles