Tindakan ADUN DAP Desak Kerajaan PN Ditempelak Datuk Seri Najib Razak

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP, Teng Chang Kim mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengemukakan hasil siasatan dan perbincangan Jawatankuasa Khas berhubung kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 2016 dikecam pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebentar tadi, di Facebook beliau, Datuk Seri Najib mendedahkan bahawa laporan berkenaan telah siap pada 6 Jun 2018 tarikh selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Laporan berkenaan telah diserahkan kepada kerajaan pada masa itu iaitu di bawah Pakatan Harapan (PH) di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Masa menyerah laporan, Pengerusi Jawatankuasa mendesak kerajaan PH untuk mengumumkan dan mendedahkan laporan tersebut.

BACA JUGA – Betul Ke Syed Saddiq Sindir Tun M Dan Anwar?

“Setelah setahun berkata demikian, kerajaan PH masih tak dedahkan laporan tersebut. Akhirnya, laporan tersebut tidak pernah didedahkan sehingga rejim Gagalkrasi PH tumbang pada 24 Februari 2020.

“Semalam, pemimpin-pemimpin PH pula mengambil kesempatan untuk kecam kerajaan PN kerana tak dedahkan laporan tersebut,” kata beliau dalam hantaran berkenaan di Facebook, Najib Razak.

Dalam portal Malaysiakini, Chang yang merupakan ADUN Sungai Pinang di Selangor mempersoalkan kenapa kerajaan PN tidak mendedahkan hasil laporan tersebut.

“Mengapakah pemerintah Perikatan Nasional tidak mendedahkan laporan penyiasatan kebakaran HSA kepada umum setelah kerajaan Pakatan Harapan menjadikan ia sebagai sulit? Apa yang mereka cuba sembunyikan? Siapa yang mereka lindungi?” soalnya.

Pada tahun 2016, kejadian kebakaran di HSA itu menjadi tumpuan ramai kerana ia mengorbankan enam orang.

Datuk Seri Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, seorang Ketua Pengarang portal, Boo Su-Lyn yang pernah mendedahkan beberapa dapatan laporan tersebut dalam artikel-artikelnya pada bulan Mac lalu kini disiasat oleh Polis.

Justeru beliau merayu kepada pihak polis dan pejabat Peguam Negara untuk tidak mengambil tindakan yang drastik ke atas Boo Su-Lyn kerana beliau dilihat ikhlas untuk menambah baik sistem kesihatan Malaysia.

Malah Najib turut berpendapat, kerajaan PN perlu mendedahkan laporan tersebut serta-merta kerana laporan berkenaan sudah lama siap.

“Tahun lepas, Boo juga pernah banyak kali mengecam skim MySalam yang merupakan projek kesayangan Menteri Kewayangan PH bersama syarikat Insurans milik penuh Singapura kerana pulangan projek itu tak masuk akal dan banyak merugikan negara.

“Boo tulis tentang laporan Hospital Sultanah Aminah sejak tahun 2019 sehingga bulan Mac 2020 lalu kerana dia tidak mahu tragedi kebakaran untuk berulang. Malangnya, kebakaran Hospital Sultanah Aminah berlaku sekali lagi,” kata Datuk Seri Najib

BBerkaitan

Latest articles