Timbalan Menteri Dan Exco Negeri Didenda RM 1000 Kerana Langgar PKP

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan exco Perak Razman Zakaria mengaku bersalah melanggar perintah kawalan pergerakan di Mahkamah Majistret di Gerik, Perak hari ini

Kedua-dua ahli politik berkenaan didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik, Perak kerana langgar PKP dua minggu lepas.

Noor Azmi, yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, serta Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak tiba serentak di mahkamah majistret Grik pada jam 9.20 pagi.

Mereka serta beberapa individu lain akan didakwa kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang sedang berkuat kuasa mulai 15 April hingga 28 April- TRI

BBerkaitan

Latest articles