Tiada Pergeseran Antara Calon BN Parlimen Pasir Salak dan Tajuddin

PASIR SALAK:Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman antara individu yang tidak kurangnya menjadi tumpuan selepas tidak tercalon dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) pada PIlihan Raya Umum ke -15 (PRU15).

Terkini, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Salak, Khairul Azwan Harun memaklumkan tiada pergeseran malah beliau mempunyai hubungan baik bersama Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian, Pasir Salak itu.

“Saya punyai hubungan yang baik dengan beliau (Tajuddin). Jadi tahap kepercayaan dan keyakinan beliau terhadap saya tinggi. Saya akan teruskan legasi beliau, banyak usaha baik beliau saya akan teruskan.

“Terima kasih Datuk Seri Tajuddin kerana beri laluan kepada saya menjadi calon dan mengizinkan saya menjadi Pengarah Jentera Parlimen Pasir Salak. Seperti mana persetujuan kita, calon yang dilantik parti akan menjadi pengarah jentera,” katanya.

Khairul mengesahkan perkara itu ketika bercakap kepada pemberita pada majlis Himpunan Solidariti Kestabilan Demi Kesejahteraan Parlimen Pasir Salak bersama Menteri Besar Perak, semalam.

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan semua pusat daerah mengundi (PDM) berjalan seperti biasa dan tiada yang ditutup.

Begitu juga dengan setiap cawanganUMNO dalam Pasir Salak yang berfungsi, kata Khairul.

“Saya anggap ini satu bukti komitmen Datuk Seri Tajuddin sebagai seorang ahli parti yang menyokong perjuangan parti dan ingin melihat BN terus memenangi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Saya boleh sahkan tiada sebarang halangan dan kekangan yang saya terima setakat ini,” jelas Azwan lagi.

BBerkaitan

Latest articles