Tiada Keperluan Sambung Semula Muafakat Nasional – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan tiada keperluan untuk pihaknya menghidupkan kembali kerjasama politik dengan parti yang tidak mempunyai keikhlasan untuk menjayakan Muafakat Nasional (MN) sehingga ia menemui noktah.

Ujar Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, UMNO sudah serik dengan ‘permainan’ PAS yang disifatkan penuh muslihat dan mempunyai agenda terselindung.

“Kerjasama itu harus datang daripada keikhlasan, bukan daripada manipulasi dan beberapa tindakan sangat tidak dialu-alukan kerana mereka penuh dengan muslihat.

“Mana-mana pemimpin dan parti yang sangat bermuslihat, saya tidak fikir kita harus sambung balik dengan hubungan itu,” katanya kepada pemberita di Le Meridien Hotel, malam ini.

Kenyataan Ahmad Zahid menyusul selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menggesa UMNO bekerjasama semula dengan PAS untuk mengembalikan semula MN.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga mahu menganjurkan majlis “Himpunan Melayu Bangkit” di Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak, Rabu ini.

BBerkaitan

Latest articles