Tiada Campur Tangan KDN Dalam Kes Pemandu Grab Dipukul Pengawal Kenamaan

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pihaknya tidak sesekali campur tangan dalam siasatan kes seorang anggota pengiring orang kenamaan didakwa memukul seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) di sebuah hotel pada 28 Mei lalu.

Bahkan, siasatan terperinci kejadian berkenaan diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

“Itu (siasatan anggota pengiring pukul OKU) kena tanya IGP (Ketua Polis Negara) kot. Saya tak campur itu, bagi IGP buat,” katanya ringkas ketika diminta mengulas perkembangan kes tersebut.

Terdahulu Saifuddin menghadiri Program Lawatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ke Penjara Seberang Perai di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap insiden tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pegawai-pegawai yang terbabit dalam kes itu akan dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan.

“Langkah ini diambil untuk memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan semua pihak yang terbabit dapat memberikan keterangan mereka,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles