Tengku Zafrul Dilantik Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, semalam

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Mesyuarat MKT dimulakan dengan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengangkat sumpah sebagai Ahli MKT yang dilantik oleh Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi).

“Selamat berkhidmat demi #ABATA, Agama, Bangsa, Tanah Air agar #rakyat #Malaysia maju & sejahtera atas usaha kita bersama,” katanya menerusi ciapan dalam akaun Twitternya, semalam.

Terdahulu, kehadiran Tengku Zafrul yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu di Menara Dato’ Onn, di sini, mencetuskan tanda tanya kepada pengamal media memandangkan beliau sebelum ini tidak mempunyai jawatan dalam kepimpinan tertinggi UMNO.

Tengku Zafrul yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Kota Raja sebelum ini menyuarakan hasratnya untuk bertanding jawatan MKT pada pemilihan parti Mac ini.

BBerkaitan

Latest articles