Tanpa Vaksin, Rantaian Covid-19 Di Malaysia Boleh Diputuskan Jika Patuh SOP

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penggunaan vaksin untuk merawat jangkitan Covid-19 boleh dielakkan jika rakyat Malaysia patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) dengan sebaiknya.

Apatah lagi penghasilan vaksin juga mengambil tempoh setahun atau lebih.

“Ada kemungkinan tanpa menggunakan vaksin kalau kita semua patuh kepada SOP dan saranan kesihatan, kita boleh memutuskan COVID-19 tanpa vaksin.

“(Jangkitan) SARS juga tanpa vaksin tapi kita boleh putuskan jangkitan. Kita juga boleh putuskan MERS-CoV,” katanya pada sidang media harian COVID-19, semalam.

Berbanding penggunaan vaksin, Dr Noor Hisham memberitahu kaedah kesihatan awam merupakan langkah terbaik untuk memutuskan rangkaian virus ini namun memerlukan kerjasama semua pihak untuk menyumbang ke arah tujuan tersebut.

Dalam masa sama, beliau berharap orang ramai terus mengambil langkah berjaga-jaga dan menasihatkan pemantauan, pengawasana dan aktiviti pengesanan terus dilakukan sepanjang perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan.

BBerkaitan

Latest articles