“Takkan Nak Jadi MP Selamanya” – Annuar Jawab Spekulasi Digugurkan

KUALA LUMPUR: Mengesahkan dirinya tidak dijemput ke majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini, penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Datuk Seri Annuar Musa turut mendakwa ada in lagi 11 nama yang didakwa kena ‘pancung’.

“Kalau ikut khabar angin itu 12 itu termasuk saya. Benda ini saya akui, saya tak nafikan, lagipun buat apa nak pura-pura, buat apa nak sembunyi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Annuar melahirkan keyakinan beliau tidak lagi dicalonkan selepas beberapa pemimpin lain sudah menerima jemputan untuk menerima watikah calon pada malam ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu bagaimanapun menambah bahawa ruang rundingan di dalam parti masih berjalan, dan meminta diberikan ruang kepada UMNO.

Annuar, dalam masa yang sama memaklumkan dirinya tidak akan melobi pimpinan atasan jika benar namanya tidak dicalonkan.

“Parti ada sistem, jangan buat spekulasi biarlah proses itu berjalan dan kita serahkan kepada parti khusus pucuk pimpinan untuk memilih siapa yang patut terima watikah.

“Soal calon bukan benda yang kena mintak-mintak, lobi-lobi. Kalau parti tidak pilih kita, ia bukan pengakhiran untuk segala-galanya.

“Biar benda tu terjadi baru kita fikir. Kalau hendak mendahulu qadak dan qadar tu tak payahlah.

“Jangan panik, jangan menggelabah seolah-olah jadi calon itu segala-galanya dalam hidup.

“Ini perkhidmatan kepada rakyat, yang penting kita jujur. Kita buat kerja sampai habis sehingga ahli Parlimen baru dilantik.

”Jangan kalau kita nak sesuatu tetapi tak dapat jiwa akan sakit, dalam politik banyak kemungkinan,” ujarnya sambil menambah situasi tidak dipilih sebagai calon akan dilalui oleh semua pemimpin.

“Jangan panik, jangan gelabah seolah-olah jadi calon itu segala-galanya. Jangan kalau kita nak sesuatu tetapi tak dapat jiwa akan sakit.

“Takkanlah kita nak jadi ahli Parlimen selama-lamanya, kita terima realiti itu,” jawab beliau lagi.

Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan calon-calon PRU15 di Dewan Tun Hussein Onn pada jam 8.30 malam ini.

Untuk rekod pada PRU14 lalu, Annuar berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 4,626 undi.

BBerkaitan

Latest articles