‘Tak Tahu Tulis Surat Letak Jawatan?’ – Akmal Tawar Sediakan Kor Ming Selepas BN Menang Johor

KUALA LUMPUR: Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terus menghangatkan suhu politik apabila Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh sekali lagi menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menunaikan janji dengan meletakkan jawatan dalam Kerajaan Perpaduan.

Menerusi hantaran di Facebook, Akmal menyindir pemimpin DAP itu dengan menawarkan diri untuk menyediakan surat peletakan jawatan sekiranya Kor Ming tidak tahu bagaimana untuk berbuat demikian.

“Wahai Nga Kor Ming, kalau kamu tidak tahu nak buat surat letak jawatan, meh sini aku buatkan,” tulisnya.

Sindiran itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Kor Ming dalam temu bual eksklusif bersama Oriental Daily sebelum ini.

Dalam wawancara tersebut, Timbalan Pengerusi DAP itu dilaporkan berkata beliau akan menjadi individu pertama meletakkan jawatan sekiranya BN memenangi PRN Johor dan Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.

Kor Ming turut menegaskan DAP tidak menolak kemungkinan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan jika kedua-dua perkara itu berlaku, sambil menyifatkannya sebagai ‘garis merah’ parti berkenaan.

Selepas BN mencatat kemenangan besar di Johor, kenyataan itu kembali menjadi perhatian dan mengundang pelbagai reaksi, termasuk daripada beberapa pemimpin UMNO yang menggesa Kor Ming berpegang kepada pendirian yang pernah dinyatakannya.

BBerkaitan

Latest articles