KUALA LUMPUR: Pertikaian saman fitnah antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, yang berlarutan sejak 2023 akhirnya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
Peguam Anwar, Sankara Nair, memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua pihak bersetuju menamatkan pertikaian itu dengan Anwar menarik balik saman berkenaan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula, selain tiada perintah mengenai kos.
Peguam Awang, Yusfarizal Yusoff, turut...
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan tidak boleh sewenang-wenangnya mencampuri kemelut pentadbiran dan institusi diraja Negeri Sembilan, sebaliknya bidang kuasa negeri itu perlu dihormati berdasarkan undang-undang serta perlembagaannya sendiri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata sebarang usaha menyelesaikan kemelut berkenaan perlu mengambil kira pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.
Beliau menegaskan, Negeri Sembilan mempunyai kerangka perlembagaan dan...