Suami Nancy Shukri Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, iaitu Datuk Kamil Misuari, dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) malam ini.

Menurut kementerian itu, urusan pengurusan jenazah akan dilaksanakan di Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak pada esok bagi urusan penghormatan terakhir dan pengebumian.

Kenyataan tersebut memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham akan ditempatkan di kediaman rasmi Nancy Shukri di Taman Serira, Jalan Menggeris, Petra Jaya, Kuching bagi memberi peluang kepada ahli keluarga, sahabat handai serta orang ramai menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir.

Allahyarham kemudiannya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching.

BBerkaitan

Latest articles