TERKINI: Najib Dibenar Jalani Baki Hukuman Sebagai Tahanan Rumah Hingga 2028 Secara Bersyarat

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, susulan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64, hari ini.

Keputusan itu diputuskan selepas Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim, memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap Najib, tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan.

Menurut kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, pengampunan itu turut menetapkan Najib perlu membayar denda sebanyak RM50 juta.

Dalam pada itu, Najib diwajibkan mematuhi kesemua syarat yang dikenakan sepanjang tempoh tahanan di rumah berkenaan.

Kegagalan mematuhi mana-mana syarat tersebut akan menyebabkan pengampunan bersyarat itu terbatal serta-merta, sekali gus mengkehendaki Najib meneruskan baki hukuman di penjara.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkenaan berlangsung pada 18 September 2026.

Keputusan terbaharu itu secara langsung menetapkan bentuk pelaksanaan baki hukuman Najib, termasuk tempoh tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, dengan pematuhan terhadap syarat pengampunan menjadi perkara utama.

Sebelum ini, isu sama pernah menjadi pertikaian susulan dakwaan kewujudan titah tambahan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman sebagai tahanan di rumah.

Pada Januari 2025, Menteri Dalam Negeri ketika itu memaklumkan Jabatan Penjara hanya menerima perintah rasmi yang menetapkan pengurangan hukuman dan denda, tanpa arahan tahanan di rumah.

BBerkaitan

Latest articles