Hannah Tinggalkan Istana Negara, Tiada Kenyataan Berhubung Permohonan Najib

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh meninggalkan Istana Negara pagi ini selepas hampir dua jam berada di premis berkenaan, ketika tumpuan terarah kepada mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Hannah dilihat keluar dari pekarangan Istana Negara kira-kira jam 9.43 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire, selepas tiba sekitar jam 7.48 pagi.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media yang berkampung di Pintu Dua Istana Negara sejak awal pagi.

Sementara itu, kenderaan yang dipercayai membawa Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, masih belum dilihat meninggalkan Istana Negara setakat ini.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan hari ini dipercayai memberi tumpuan kepada permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selepas perbincangan mengenainya ditangguhkan minggu lalu.

Permohonan Najib dilaporkan menjadi satu-satunya perkara dalam agenda mesyuarat berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles