KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan mana-mana calon gabungan itu yang menang tidak akan dilantik mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Malah larangan yang sama juga ditujukan kepada ahli-ahli politik itu sendiri.
Menurut Ahmad Zahid, komitmen itu signal jelas mereka dalam usaha membanteras rasuah dan persepsi rasuah di dalam gabungan tersebut serta masyarakat.
“Apabila BN menjadi kerajaan kuat (selepas PRU15), kita akan ambil tindakan kepada sesiapa saja, termasuk dari BN atau mana-mana parti yang melakukan korupsi.
“Itu saya jamin. Kita akan pastikan anggapan itu (BN penuh rasuah) tidak benar, apabila tidak melantik ketua pesuruhjaya SPRM dalam kalangan ahli politik. Badan itu akan betul-betul bebas. Tiada pilih bulu dalam tindakan terhadap mereka,” katanya selepas menemui masyarakat Cina di Hutan Melintang hari ini.
Komen Ahmad Zahid itu menyusul selepas Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersoalkan bagaimana BN dan Pakatan Harapan (PH) mahu membentuk kerajaan bersih, sedangkan terdapat calon pilihan raya gabungan itu masih mempunyai kes rasuah di mahkamah.