Shahril Hamdan Letak Jawatan Ketua Penerangan UMNO

KUALA LUMPUR: Shahril Hamdan meletakkan jawatan sebagai ketua penerangan UMNO hari ini.

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi kenyataan di laman facebook.

Menurut Shahril, peletakan jawatan itu dibuat atas semangat “collective responsibility”.

“Atas semangat “collective responsibility” itu, saya juga meletakkan jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

“Saya menghargai peluang yang telah diberikan dan tidak akan melupakannya,”katanya.

Menurut hantaran itu, Shahril turut menggesa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selalu Presiden Umno dan Pengerusi BN berundur dengan terhormat.

“Benar, UMNO perlu mempertimbang apa langkah seterusnya dalam situasi tiada pihak mencapai angka 112 di PRU-15.

“Benar, keputusan ini besar dan perlu dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi, bukan mana-mana individu atau kelompok sahaja.

” Tetapi, sebelum parti hendak bincang atau buat apa-apa keputusan, ada satu perkara yang perlu dilaksanakan dahulu.

“Saya sependapat dengan Menteri Besar Johor iaitu, tanpa mengurangkan hormat kepada beliau sebagai individu, saya berpandangan bahawa pemimpin nombor satu Presiden UMNO dan Pengerusi BN perlu memaparkan contoh dengan memimpin proses mengambil tanggungjawab kekalahan ini berundur secara terhormat,” katanya.

Malah, beliau juga berharap agar individu lain yang dapat memimpin serta membuat keputusan melibatkan parti.

Dalam pada itu, Shahril menegaskan beliu kekal setia bersama dengn UMNO.

“Perjuangan parti belum selesai. Ini bukan pengakhiran,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles