Seorang Wanita Disuntik Enam Dos Vaksin Pfizer Secara Tidak Sengaja

Seorang wanita di Itali dilaporkan secara tidak sengaja sudah disuntik vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech tetapi bukan satu dos tapi enam dos.

Agensi berita CNN dalam laporannya menyatakan wanita itu kini sudah dibenarkan keluar dari hospital tetapi keadaan dirinya masih dipantau untuk melihat kesan sampingan yang berlaku.

Wanita itu diberikan vaksin melebihi dos sepatutnya di Hospital Noa,Tuscany, Itali, kelmarin.

Perkara itu disahkan jurucakap hospital, Daniella Gianelli, semalam

Menurut Gianelli, selepas insiden itu, wanita terbabit dirawat di hospital di bawah pemerhatian ketat selama 24 jam dan berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan, petugas kesihatan secara tidak sengaja mengisi jarum suntik dengan sebotol vaksin yang mengandungi enam dos.

Petugas itu hanya menyedari kesilapannya sejurus selesai memberi suntikan.

“Dia melihat lima jarum suntik kosong dan menyedari kesalahannya,” kata Gianelli.

Tambah Gianelli, pesakit terbabit berhak mendapatkan vaksin sebelum orang lain dalam kumpulan umurnya kerana dia adalah pelatih di jabatan psikologi hospital.

Ia berikutan arahan Kerajaan Itali yang mewajibkan pekerja kesihatan mengambil suntikan vaksin tetapi ada yang tidak yakin doktor akan terus memantau tindak balas imun pesakit terhadap dos vaksin besar-besaran.

“Siasatan dalaman sudah dibuka dan menyatakan ada kemungkinan apa yang berlaku disebabkan kesilapan yang bukan disengajakan,” katanya.

Pada awal April, pemimpin tali mengeluarkan keputusan yang menjadikan vaksinasi wajib bagi semua pekerja penjagaan kesihatan dan farmasi, dengan tujuan melindungi kakitangan perubatan, pesakit serta golongan berisiko.

Pekerja penjagaan kesihatan yang menolak vaksin akan ditugaskan semula tetapi tidak membabitkan tugasan yang memerlukan mereka tidak bersentuhan dengan pesakit.

Ia bukan pilihan kerana mereka kini menghadapi penangguhan tanpa gaji.

Belum jelas apakah keputusan itu bersifat perlembagaan dan rata-ratanya percaya kemungkinan adanya kes undang-undang berkaitan vaksin pada masa depan,

Dalam pada itu, Itali menunjukkan perkembangan positif dengan penurunan angka Covid-19 selepas berbulan-bulan mencatatkan kadar jangkitan tertinggi di Eropah.

Latest articles

Related articles

spot_img