Seleweng Kutipan Derma, Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Didakwa

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi mendapatkan perintah reman bagi membantu kes menyeleweng kutipan derma.

Turut bersama mereka adalah dua lelaki lain dengan kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika tiba di Mahkamah Putrajaya jam 9.10 pagi tadi.

Keempat-empat mereka tiba dengan memakai baju oren SPRM.

Malah pasangan itu kelihatan memberi senyuman kepada pengamal media di perkarangan mahkamah.

Semalam sumber memaklumkan SPRM akan memohon perintah tahanan reman terhadap pasangan suami isteri pempengaruh media sosial dipercayai terlibat dalam isu penyelewengan wang kutipan derma.

Mereka ditahan pada jam 6.40 petang semalam.

Sejak kebelakangan ini, melalui media sosial timbul dakwaan pasangan ini telah menyalahguna kutipan dana awam yang didakwa untuk kebajikan, dimana mereka kononnya hidup mewah sehingga rmenimbullkan rasa musykil netizen.

Bagaimanapun pasangan berkenaan telah menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah terhadap wang kutipan yang dibuat.

BBerkaitan

Latest articles