Seks Suka Sama Suka Tetap Dianggap Rogol – KP Kedah

BALING: Polis Kedah mengesahkan sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes rogol membabitkan seorang pelajar perempuan di Baling yang dipercayai berlaku di beberapa lokasi termasuk dalam kelas dan ladang kelapa sawit.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, empat suspek dikenal pasti, termasuk tiga pelajar sekolah dan seorang bekas pelajar yang telah dibuang sekolah.

Menurutnya, pihak polis telah merampas beberapa telefon bimbit dan pemeriksaan mendapati terdapat rakaman video tidak bermoral melibatkan mangsa, namun tiada unsur jual beli dikesan.

“Walaupun perbuatan itu dilakukan atas dasar suka sama suka, mangsa masih bawah umur. Kes tetap diklasifikasikan sebagai rogol.”

Adzli menegaskan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak kerana penyebaran pornografi kanak-kanak.

Beliau turut memuji tindakan pantas guru disiplin sekolah yang segera memaklumkan kejadian kepada ibu mangsa sebelum laporan polis dibuat, sekali gus membolehkan tangkapan dilakukan lebih cepat.

BBerkaitan

Latest articles