Saya Sangka Zayn Rayyan ‘Disorok’ Hantu – Saksi

KUALA LUMPUR: Kehilangan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada awalnnya disangka kerana disorok oleh hantu.

Itu menurut saksi ketujuh, Ahmad Nur Syaruddin Mad Zawawi ketika memberikan keterangan pada perbicaraan kes pengabaian kanak-kanak itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Ahmad Nur Syaruddin, selaku orang Islam, dirinya mempercayai kewujudan alam ghaib, lantas mengaitkannya dengan kehilangan Zayn Rayyan.

“Kita sebagai orang Islam percaya kepada perkara mistik seperti hantu dan syaitan. Kita masih percaya perkara itu. Masa awal kehilangan, saya sangka dia disorok oleh hantu,” katanya.

Hari ini merupakan hari keempat prosiding perbicaraan kes pengabaian dihadapi ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mayat Zayn Rayyan ditemukan di kawasan belukar belakang Blok R dan berhampiran aliran sungai di sebuah pangsapuri di Kota Damansara pada 6 Disember 2023.

Malah jawapan yang sama diberikan Ahmad Nur Syaruddin ketika disoal balas peguam Haresh Mahadevan yang mewakili pasangan suami isteri itu.

Prosiding akan bersambung esok.

Pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan dan Ismanira didakwa dan mengaku tidak bersalah mengabaikan Zayn Rayyan.

Selaku orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, pasangan tersebut didakwa bersama-sama mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

BBerkaitan

Latest articles