Saya Bercakap Tentang Tatakelola, Bukan Fitnah Vincent Tan, Berjaya Land

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerusi penyataan pembelaan dalam kes saman difailkan oleh Tan Sri Vincent Tan berkaitan projek Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) menafikan dirinya memfitnah ahli perniagaan berkenaan.

Bahkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu juga menolak dakwaan turut memfitnah syarikat kendalian Vincent, iaitu Berjaya Land Berhad.

Menurut Muhammad Sanusi, ucapan beliau ketika program Jelajah Mega PN Best baru-baru ini merujuk kepada isu tatakelola yang berlaku dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), khususnya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, sebagai pembangkang beliau bertanggungjawab untuk bercakap dan mendedahkan isu-isu tatakelola dalam pentadbiran ahli politik PH-BN.

Sehubungan itu Muhammad Sanusi menidakkan tuduhan mengatakan dirinya menyebut Vincent seorang yang korup.

Sebaliknya kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, penduduk Malaysia tahu beliau adalah seorang Menteri Besar yang memberikan keutamaan kepada golongan bawahan dan bukan dalam korporat serta kaya raya.

Pada pada 29 September lalu, Vincent dan Berjaya Land memfailkan saman fitnah terhadap Muhammad Sanusi yang didakwa mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah pada program Jelajah Mega PN Best pada 2 Ogos lalu di Dataran Darulaman, Jitra, Kedah.

Vincent mengeluarkan surat tuntutan guaman kepada sanusi yang menuntut permohonan maaf daripadanya serta ganti rugi RM200 juta.

Ia merupakan antara saman selepas Muhammad Sanusi mendakwa bahawa Amirudin terlibat dalam skandal dengan Vincent dalam projek pembersihan Sungai Klang.

BBerkaitan

Latest articles