Sah MIC dan MCA tidak bertanding di PRN 6 Negeri

Kuala lumpur — Parti komponen Barisan Basional, MIC dan MCA hari ini mengumumkan tidak bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Setiausaha Agung MIC, R.T Rajasekaran berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat selepas perbincangan lebih empat jam Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang diadakan pada 30 Jun lalu.

“Keputusan parti MIC untuk tidak bertanding pada PRN yang akan datang dibuat semata-mata untuk melindungi kepentingan parti MIC.

“Pada masa ini, MIC akan memberi lebih perhatian kepada proses untuk membina struktur parti yang lebih mantap bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, MCA turut mengambil keputusan sama bagi menumpukan persediaan menghadapi PRU16 selain melaksanakan pembaharuan serta kebangkitan parti

Katanya Keputusan ini dicapai selepas perbincangan secara mendalam dan analisis, serta mengambil kira situasi politik semasa, di mana parti akan melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula. Dalam tempoh ini, MCA akan lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU16).

Dalam masa sama, MCA akan memainkan peranan sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) di mana kami akan membantu calon-calon parti komponen BN di dalam PRN 6 negeri ini kelak katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini  mengumumkan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

 

BBerkaitan

Latest articles