Ryt Bank perkenal Apple Pay untuk pengguna Ryt Card

KUALA LUMPUR, Ryt Bank hari ini mengumumkan sokongan Apple Pay untuk Ryt Card, membolehkan pelanggan membuat pembayaran di kedai, dalam talian dan menerusi aplikasi dengan lebih mudah, pantas dan selamat.

Menurut Ryt Bank, pelancaran itu menjadikannya bank digital pertama di Malaysia yang menyokong kedua-dua Apple Pay dan Google Pay.

Langkah tersebut menyusuli pengenalan sokongan Google Pay pada Januari lalu, sekali gus memperluas pilihan pembayaran kepada pengguna Ryt Card menerusi peranti Apple dan Android.
Dengan Apple Pay, pelanggan boleh membuat pembayaran tanpa sentuh menggunakan peranti Apple di lokasi yang menerima kaedah pembayaran berkenaan.

Setiap pembelian disahkan menggunakan Face ID, Touch ID atau kod laluan peranti. Maklumat pembayaran pula dilindungi melalui nombor akaun peranti yang unik serta kod keselamatan khusus bagi setiap transaksi.

Untuk menggunakan kemudahan itu, pelanggan hanya perlu membuka aplikasi Apple Wallet pada peranti Apple yang serasi, menekan butang “+” dan mengikuti arahan untuk menambah Ryt Card mereka.

BBerkaitan

Latest articles