Rosyam Noor Kongsi Ilmu Perniagaan Dalam Program Wanita Bangkit

KUALA LUMPUR: Program Keusahawanan Wanita
Bangkit anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menampilkan Datuk Rosyam Noor, seorang ikon usahawan selebriti untuk berkongsi ilmu dan panduan perniagaan kepada golongan usahawan wanita.

Penampilan Rosyam adalah kerjasama antara Yayasan Kebajikan Negara
(YKN) dan Rakan Strategik YKN iaitu Usanita Sdn.
Bhd. dengan menyaksikan pelakon popular berkenaan diangkat sebagai Duta Perintis Usanita.

‘Inisiatif ini merupakan usaha berterusan Kerajaan bagi memartabatkan golongan wanita dalam aspek sosio-ekonomi,” demikian memetik kenyataan kementerian berkenaan.

Sementara itu, Menteri KPWKM, Datuk Seri Rina Mohd Harun telah merasmikan Program Keusahawanan Wanita
Bangkit@KPWKM yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Program
Wanita Bangkit@KWPKM, hari ini.

Sejak ia dilancarkan, seramai 52,405 usahawan wanita telah dibantu untuk membangunkan dan memajukan perniagaan mereka.

Program berkenaan telah disertai oleh 1,000
peserta wanita yang mendapat manfaat melalui perkongsian tips dan
pengalaman oleh usahawan berjaya serta pameran perkhidmatan agensi di
bawah KPWKM.

“Seramai 52,405 peserta
wanita telah dibantu untuk menjana pendapatan melalui peluang
keusahawanan, menceburi bidang perniagaan secara kecil- kecilan di
dalam sektor informal dan juga mendapat tawaran pekerjaan dalam sektor
formal.

“Sebahagian daripada jumlah tersebut, seramai 11,114 peserta
MyKasih Kapital YKN telah menjalani kursus-kursus keusahawanan dan
bimbingan permulaan perniagaan melalui kolaborasi strategik bersama
pelbagai jabatan, agensi dan syarikat korporat.

“Kursus bimbingan ini adalah persediaan asas bagi mereka untuk
mempersiapkan diri untuk mereka menceburi bidang keusahawanan.
Peserta MyKasih Kapital akan dinilai, dipantau dan akan mengikuti kursus-
kursus bersesuaian sebelum menceburi bidang perniagaan,” kata Rina.

Untuk rekod, Inisiatif MyKasih Kapital diterajui oleh KPWKM melalui Yayasan Kebajikan
Negara (YKN) menyediakan suntikan modal perniagaan dalam
bentuk tunai dan juga latihan berbentuk pembangunan kendiri yang
berkaitan.

Kumpulan sasar yang dibantu adalah terdiri daripada wanita
dalam kalangan B40 untuk meningkatkan sumber pendapatan dan taraf
ekonomi mereka.

BBerkaitan

Latest articles