Laman media sosial kini sedang hangat memperkatakan tentang satu video yang menunjukkan pelakon dan usahawan terkenal, Datuk Rosyam Nor yang didakwa mengeluarkan kata-kata kasar dalam melakukan promosi untuk menjemput golongan wanita bagi menyertai satu program yang dijalankan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Dalam video tersebut, Rosyam Nor dikatakan menghina golongan wanita dengan menyatakan mereka sering lambat dalam melakukan semua perkara.
Lalu Rosyam menjemput semua wanita untuk hadir ke program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM yang diadakan semalam dan menyatakan ingin ‘membelasah kepala’ hadirin untuk bangkit dalam kehidupan mereka.
Isu semakin panas apabila Ahli Parlimen Segambut yang juga mantan Timbalan Menteri KPWKM seakan tidak senang duduk melihat gerak kerja Datuk Seri Rina Mohd Harun selaku Menteri KPWKM yang kerap dilihat mengadakan program membantu golongan sasar Kementerian itu.
Sejak semalam, tular satu kenyataan yang dibuat Hannah dimana dia mendakwa Rina tidak dibayar gaji beribu-ribu setiap bulan oleh rakyat hanya untuk membuat program yang merupakan kerja hakiki Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Namun adakah Hannah lupa skop pembangunan wanita adalah juga tugas hakiki KPWKM?
Program tersebut juga dilhat mendapat sambutan luar biasa apabila jumlah kehadiran melebihi jangkaan sehingga satu dewan lagi dibuka untuk menampung jumlah hadiri.
Yang menjadi persoalan, Hannah juga mempersoalkan pengetahuan Rina yang seakan-akan tidak sedar bahawa kaum ibu tidur lewat dan bangun sebelum subuh untuk membuat persiapan keluarga mereka dan mendakwa kaum wanita sering menjadi mangsa sterotaip dan mangsa keganasan rumah tangga sedangkan dalam video tersebut secara jelas Rina ada memberi amaran kepada Rosyam Nor tentang kekuatan wanita yang tidak boleh dipandang enteng.
Namun video yang dsebarkan dan kini dimainkan pula oleh pihak media tidak pula menceritakan kejayaan program semalam
Adakah datuk Rosham Noor begitu dangkal mahu mengutuk kaum wanita seperti yang digambarkan oleh ahli Parlimen Segambut semalam.
nah tonton jawapan YBM ketika ditanya pengacara awal Ashaari
@dsrinaharun Jawapan balas kepada Datuk @Rosyam Nor @Awal Ashaari #RinaHarun #ToWorkToEngage #KPWKMPrihatin #WanitaBangkit #fyp #fypシ ♬ Epic Music(836380) – Pavel
KPWKM juga didakwa menjadi bahan gurauan Rina selama 3 tahun sedangkan dialah Menteri yang paling awal turun padang ke sebuah Pusat pemindahan Sementara (PPS) ketika fenomena banjir melanda Disember tahun lalu biarpun kasut tumit tinggi yang dipakainya pula yang menjadi perhatian.
Agak membingungkan mengapa kasut pula yang menjadi isu sedangkan keselamatan dan kebajikan rakyat yang menjadi keutamaan.
Tidak cukup dengan itu, Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual (AGS) juga berjaya digubal KPWKM dibawah kepimpinan Rina sedangkan ‘terperap’ bertahun lamanya semasa kepimpinan Menteri terdahulu.
Jadi mengapa ada yang ‘panas’ apabila segala kerja hakiki sudah digerakkan dengan begitu baik? Adakah kerana tercabar dengan semangat Rina yang tidak pernah berhenti bekerja siang atau malam setiap hari?