Rekod Operasi dan Infrastruktur Tempatan Tingkat Keyakinan Terhadap Pelaksanaan Projek Identiti Nasional NexG

KUALA LUMPUR,— Rekod pelaksanaan projek identiti nasional dan infrastruktur tempatan sedia ada meletakkan NexG Holdings Bhd pada kedudukan yang lebih kukuh untuk melaksanakan kontrak baharu MyKad dan pasport Malaysia, ujar seorang penganalisis berhubung pelancaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Baharu Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri bulan lalu.

Penganalisis itu menyatakan pengalaman syarikat dalam mengendalikan sistem identiti negara mengurangkan risiko pelaksanaan, selain membantu memastikan kesinambungan operasi bagi dua dokumen keselamatan paling kritikal negara.

Menurutnya faktor utama yang membezakan cadangan NexG ialah kewujudan kemudahan pengeluaran tempatan, tenaga kerja teknikal berpengalaman dan proses operasi yang telah diuji melalui pelaksanaan projek berskala nasional sebelum ini.

menurut sumber industry yang dekat dengan projek berkenaan, syarikat itu telah membangunkan sistem pengecaman wajah sendiri yang digunakan di beberapa pintu masuk utama negara termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 2 KLIA dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Bahru.

Sistem tersebut, menurut laporan itu, telah menyokong peluasan penggunaan autogate kepada pelawat dari puluhan negara serta membantu mempercepatkan proses imigresen di pintu masuk negara.

Penganalisis itu juga berpendapat bahawa kesinambungan operasi menjadi pertimbangan penting memandangkan sebarang kelewatan dalam pengeluaran MyKad atau pasport boleh memberi kesan kepada jutaan rakyat serta operasi pelbagai agensi kerajaan.

“Landskap projek identiti digital bukan sekadar melibatkan pembangunan teknologi baharu, tetapi juga keupayaan mengendalikan operasi berskala nasional tanpa gangguan,” menurutnya yang dihubungi baru-baru ini.

Jelasnya aspek keselamatan data sebagai antara faktor strategik penting did alam dalam keputusan perolehan yang yang dimenangi.

Menurutnya, pengekalan pengurusan infrastruktur identiti negara oleh sebuah syarikat tempatan yang mempunyai pengalaman luas berpotensi mengukuhkan kawalan ke atas data sensitif rakyat, selain mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar bagi sistem keselamatan kritikal negara.

Dalam masa sama, laporan itu menyifatkan tempoh kontrak enam tahun sebagai kompromi yang lebih seimbang antara kepastian pelaburan kepada pembekal dan fleksibiliti kerajaan untuk memperkenalkan teknologi baharu atau menilai semula prestasi pembekal pada masa hadapan.

Penganalisis itu bagaimanapun menegaskan bahawa kejayaan pelaksanaan projek masih bergantung kepada pematuhan spesifikasi teknikal, penyampaian mengikut jadual serta pengurusan kontrak yang berkesan sepanjang tempoh pelaksanaan.

Untuk rekod Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan.

Pada majlis diadakan di Lobi Parlimen itu, Anwar turut menerima PMA daripada Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban sebagai gimik pelancaran.

Menurut KDN, pengenalan pasport 10 tahun itu dijangka mengurangkan kekerapan pembaharuan pasport, menjimatkan masa pengguna serta memudahkan urusan perjalanan dalam dan luar negara.

“Kadar bayaran bagi PMA dengan tempoh sah laku 10 tahun adalah sebanyak RM350 manakala untuk tempoh sah laku lima tahun kekal RM200 dan pengenalan tempoh sah laku 10 tahun memberi penjimatan sebanyak RM50 kepada pemohon,” menurut kenyataan itu.

KDN memaklumkan, bagi memastikan peralihan operasi berjalan dengan lancar, pelaksanan PMA struktur baharu akan dilaksanakan secara berperingkat di 71 pejabat pasport seluruh negara mulai Julai ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak tergesa-gesa menukar pasport sedia ada sekiranya dokumen tersebut masih sah laku dan pasport sedia masih sah digunakan sehingga enam bulan sebelum tempoh tamat.

BBerkaitan

Latest articles