Rayer Tolak Mediasi, Mahu Takiyuddin Dirujuk Jawatankuasa

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menolak cadangan mediasi dengan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung penggunaan istilah ‘munafik’ ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat minggu lalu.

Sebaliknya, Rayer menegaskan beliau mahu perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, usul berhubung perkara itu telah dikemukakan secara rasmi bagi membolehkan tindakan diambil terhadap penggunaan istilah berkenaan dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

“Saya menolak cadangan Yang Berhormat Kota Bharu untuk sebarang mediasi atau perbincangan dan saya telah mengusulkan supaya beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” katanya pada sidang media di Parlimen pada Khamis.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memastikan isu berkenaan ditangani menerusi saluran rasmi Parlimen.

Rayer turut berharap Takiyuddin mengambil maklum pendiriannya yang tidak bersetuju dengan sebarang usaha mediasi berhubung perkara itu.

Isu itu dibangkitkan Rayer selepas Takiyuddin menggunakan hadis mengenai tiga ciri orang munafik, iaitu berdusta ketika bercakap, memungkiri janji dan mengkhianati amanah, ketika membahaskan Belanjawan 2027.

Rayer berkata, beliau membuat kenyataan itu bagi memaklumkan secara rasmi kepada pihak media mengenai tindakan yang diambilnya berhubung isu berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles