Puteri UMNO Desak Rampas Buku, Tamat Permit Percetakan

Puteri UMNO Malaysia hari ini mendesak pihak berkuasa agar  mengambil tindakan segera dengan menangkap,siasat dan dakwa individu mahupun kumpulan berkaitan isu penghinaan lambang jata negara yang mencetuskan kegusaran awam itu  dibawah akta hasutan.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarikh Khan berkata buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, Anda Hope In New Malaysia’ yang diterbitkan dan dipasarkan telah diluluskan ketika era Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Justeru, pergerakan itu mendesak polis mengambil tindakan segera dengan menangkap, menyiasat dan mendakwa individu mahupun kumpulan terbabit di bawah Akta Hasutan.

“Kami juga mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak segera dengan merampas dan hentikan serta-merta permit percetakan syarikat yang terlibat dengan penerbitan buku tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kulit buku itu menimbulkan kegusaran orang ramai kerana ia secara terang-terangan mempermainkan jata negara.

Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu mempamerkan sebuah logo mirip jata negara yang telah diubah suai sebagai penghias muka hadapan turut dikongsi di pautan laman sosial Facebook sebuah syarikat buku, Ilham Books.
Menurut beliau, Jata Negara adalah lambang rasmi Kerajaan Persekutuan yang turut digunakan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Oleh itu, tegasnya, perbuatan menghina itu seolah-olah tidak menghormati dan cuba memijak institusi tertinggi negara.

“Kita tidak perlukan kumpulan ekstremis yang cuba untuk menanam doktrin, menyebarkan propaganda hingga menggugat kestabilan dan keamanan negara,” katanya.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini